Jumaat, 30 Oktober 2009

Latihan Dalam Perhidmatan SMKJuasseh




Hari ini pada 31/10/2009 bersamaan hari Sabtu, sekolah menjalankan satu Latihan Dalam Perkhidmatan berkenaan dengan Perancangan Strategik peringkatan dalaman sahaja. Tak disangka penceramah yang hadir adalah sahabat lama saya iaitu Saudara Mohd Zaidi Ishak. Rakan yang sama menuntut di MPRM dahulu. Beliau sekarang sedang mengambil kursus Kepengetuaan di IAB Genting Highland. Tahniah untuk beliau.

Rabu, 28 Oktober 2009

MPRM 87/89 DALAM KENANGAN


Akhirnya pada 23/12/2008 saya berjumpa kembali dengan kawan-kawan yang sama-sama di maktab dahulu. Kenangan manis mengimbau kembali. Kepada rakan-rakan seperti Ibrahim (cokodok masin) Apam, Azlan, Hasabul, Wak, Shimie, Born, Mahathir, Pak Ku,Tunggau dan rakan yang lainnya, terima kasih kepada kalian semua. Kepada rakan lain yang pernah menuntut di MPRM 87/89 harap kita dapat berhubung melalui laman blog saya ini. Alfatihah untuk dua sahabat kita yang telah mendahului kita iaitu Saudara Yazid (Melaka) dan Saudara Azman (Rembau). Tahniah juga untuk sahabat kita seperti YB Morgan (Johor) dan juga sahabat yang telah berjaya dalam kerjaya masing-masing.