Ahad, 29 November 2009

Lembu Korban Atuk


Pejam celik hari ini genap 3 tahun Arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. Dalam usia 84 tahun abah mengadap tuhan dengan tenang sekali. Tergiang lagi kata-kata akhir abah sebelum abah meninggal iaitu " Abah tak ada apa-apa , abah nak rehat kejap lepas tu kita pergi hospital..." Sejak itu tiada lagi majlis korban diadakan di rumah kami di Kg, Betong Johol N.Sembilan. Tak terdengar lagi suara anak-anak berlari sambil menjerit,"tu lembu korban atuk dah sampai!!! " bila lori Jabatan Haiwan masuk pintu pagar rumah. Tak tau mana silapnya kami sekeluarga tak pernah lagi menganjurkan majlis korban walaupun untuk kami adik beradik. Hari ini hari raya korban ketiga saya terlibat secara langsung dengan satu program korban di masjid Arraudhah Taman Rasa Sayang Senawang iaitu dirumah bapa mertua saya iaitu Hj Yusof Samah dan Hjh Siti Hawa Othman. Anak lelaki saya Muhammad Najmi bertanya kepada saya, "mana satu lembu korban atuk..yah?" Bila sembelihan yang pertama bermula wajah Arwah Abah kembali menjelma dibenak saya. Air mata menitis bila wajah abah tersenyum seolah-olah berkata sekarang mertua kaulah yang menjadi pengganti abah......alfatihah untuk arwah abah semoga abah tergolong dalam orang yang dikasihi. Amin.

Jumaat, 20 November 2009

Khamis, 19 November 2009

Video Majlis Perpisahan

Terima Kasih Cikgu Timah dan Pn Syidah





Hari genap 9 tahun Pn Fatimah binti Mohd Noor mencurahkan baktinya pada SMK Juasseh. Bermula hari inilah beliau akan memulakan tugas di sekolah barunya iaitu SMK Seri Damai, Lancang Pahang. Namun apa nak dikata mengikut suami tercinta adalah pilihannya, pihak sekolah hanya melahirkan rasa sedih dan hiba atas perpindahan Pn fatimah. Pihak sekolah telah menganjurkan satu majlis perpisahan pada hari ini dimana ianya melibatkan dua ahli SMK Juasseh yang berpindah dimana seorang lagi ialah Pn Rashyidah iaitu PT kami. Kepada kedua staff ini pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dengan ingatan jangan lupakan kami disini.

Program ICU 2009




Program ini telah diadakan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM. Penceramah yang dijemput adalah dikalangan guru cemerlang sekolah ini seperti Cikgu Abd. Latif GC bahasa. Beliau telah memberikan tip-tip bagaimana untuk mengingat fakta. Dalam tinjauan pendapat oleh penulis kepada pelajar purata mereka menyatakan bahawa program ini sangat menarik dan berkesan. Ini kerana program ini telah dijalankan di CIMA Traning Center ( Kilang Simen) yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk berkursus. Kepada pelajar tingkatan 5 semua pihak sekolah mengucapkan Selamat Berjaya dalam menghadapi peperiksaan SPM bermula pada 16/11/2009 hingga 19/12/2209.

Latihan Kebakaran SMKJuasseh




Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Bomba Kuala Pilah kerana telah menberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan latihan ini. Pihak Bomba telah menunjukkan cara bagaimana hendak memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api dengan betul. Beberapa orang pelajar dan guru telah diberi peluang untuk mencuba menggunakan alat pemadam api ini. Satu latihan kebakaran menggunakan api yang sebenar juga telah dijalankan.
(p.s- gambar kurang menarik kerana menggunakan kamera handphone baru Cikgu faizal)

Rabu, 11 November 2009

Sukaneka SMK Juasseh




Tiada kata seindah bahasa bila melihat pelajar kita mengambil bahagian dalam program anjuran pihak sekolah. Lebih indah lagi bila tahun ini program ini turut disertai oleh pelajar pendidikan khas/OKU seramai 10 orang. Walau tiada kemenangan yang diperolehi namun keseronokkan dan usaha yang bersungguh-sungguh amat dihargai. Tahniah kepada mereka. Acara yang dipertandingankan ialah boling padang, bola jaring, baling belon air, kepit belon, ujian IQ dan ambil gula dalam tepung.

15 Anugerah ALLAH kepada wanita TIDAK kepada lelaki




1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
Peribadirasulullah's Blog

Selasa, 10 November 2009

PERTANDINGAN PAINT BALL SMK JUASSEH
















Sempena program selepas PMR, pihak sekolah telah mengadakan satu pertandingan paint ball dengan kerjasama PUSAKO (Pusat Ko-Kurikulum). Pertandingan ini telah disertai oleh 27 buah pasukan yang dianggotai oleh pelajar, guru dan pekerja sekolah.Pertandingan ini memberi peluang kepada warga sekolah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan membuat keputusan. Pertandingan ini telah dibuka rasmi oleh Tuan Pengetua, Pn Yatimah Jiram dengan disaksikan oleh GPK 1 (Hjh Toharah Harun) dan guru sekolah.

PERAGAWATI SMK JUASSEH




Tahniah diucapkan kepada semua pelajar/pereka fesyen aliran RJP SMKJuasseh yang telah berjaya mengadakan satu pertunjukkan fesyen sempena program selepas PMR. Tahniah juga kepada pragawati yang mengambil bahagian dalam pertunjukkan ini yang telah berjaya beraksi dengan baik sekali.

Isnin, 9 November 2009

Lawatan Kerja ke Muzium seluruh negeri




Hari ini 09/11/2009 satu jawatan kerja SMK Juasseh telah mengadakan lawatan ke seluruh muzium di Negeri Sembilan. Rombongan ini diketuai oleh Hjh Jamilah Husin (Ketua Bidang Kemanusiaan), Pn. Siti Norliza Jafaar (KP Sejarah), Pn Siti Hazar Abd.Razak (Penyelaras Perpustakaan), Hj Othman Abdul (Guru Media) dan Hjh Norazmah Mohd Yusof (guru pengiring). Lawatn bermula di Muzium Adat K.Kelawang , Jelebu dan diberi taklimat oleh Cik Noraini Kurator Muzium. Dalam taklimat beliau muzium adat merupakan di bawah kerajaan pusat.

Sabtu, 7 November 2009

Jumaat, 6 November 2009

Selamat berangkat tetamu ALLAH




Selamat berangkat kepada tetamu ALLAH ke Tanah Suci Mekah semoga akan mendapat haji yang mabrur. Insyallah. Buat Saudara Mohd Azahar (Ard) dari Pendang Kedah semoga selamat mengerjakan haji, selamat pergi dan selamat kembali. Kepada sahabat lain yang tidak dapat dihubungi kalau kalian akan berangkat ke tanah suci, doa-doakanlah supaya kita akan dapat berjunpa di satu hari nanti dan doakan juga untuk sahabat kita yang telah pergi meninggalkan kita. Amin

Khamis, 5 November 2009

Tahniah Saudara Mohd Faizal Said


Sesungguhnya Anak Mandiling Kg. Lanjut Manis ini terus melakar nama dipersada bahasa. Dengan terbitnya Antalogi puisi Gema Serunai Hati 9 maka semaraklah perjuangan memertabatkan bahasa kita. Ayuh sahabat terus dayung minda dalam melayarkan satu perjuangan bahasa. Kata Bukit Kepada Jentolak , Payung Rakyat , Pantun Negeri Sembilan , Bertemu Za'ba dan Gurindam Salah faham bukan titik penamat.

Mesyuarat Guru SMKJuasseh kali ke 4











Ahad, 1 November 2009

MPRM 87/89 PMCT3



DI MANAKAH ANDA SEKARANG? JIKA ANDA TERLIHAT GAMBAR INI SILA HUBUNGI SAYA OTHMAN N.SEMBILAN -012 6130369 ATAU HUBUNGI SAYA DENGAN MENULIS PADA ULASAN DIBAWAH.