Khamis, 31 Disember 2009

Mesyuarat Guru SMK Juasseh kali 1



Mesyuarat Guru SMK Juasseh Kali 1 telah diadakan di Bilik Gerakan SMK Juasseh dengan dihadiri oleh 40 orang guru. Hari ini juga kami meraikan seorang guru yang bertukar iaitu Cik Wong Low Wah yang berpindah ke SMK Tunku Muhammad K.Pilah. Kami juga meraikan hehadiran 2 guru baru iaitu En Muhriz dari SMK Palong 7 dan Cik Fatihah Aini baru grad. Kami telah dibekalkan dengan manual/prosedur kerja bagi tahun 2010. Alamak sekarang saya kena mengajar Tingkatan 5 pulak kelas SPM tu.. tapi takpa alah bisa tegal biasa kitakan cikgu


Khamis, 24 Disember 2009

Rabu, 23 Disember 2009

Reunion MPRM 87/89








Bertempat di Puteri Ayu Chalet, Yan Kedah dianggarkan 40 buah keluarga ahli MPRM 87/89 telah berjaya dikumpulkan hasil usaha saudara brahim serta kawan-kawan dari utara.. Pada sebelah malam perjumpaan ini beberapa orang senior seperti saudara kasim, amin dan zahrullah hadir bersama keluarga. Tahniah juga kepada rakan kita yang telah pun bertukar kerja seperti saudara aznee abdul satar sebagai peguam , saudara roslizan sebagai s/u kanan MB kedah, saudara marozan johor seorang usahawan, saudara nizam nasripan, razali dan saudara yusof sebagai pensyarah di upsi. Saudara ninja pensyarah IPDA, serta YB Asojan exco Johor. Saya juga merakamkan rasa simpati kepada sahabat kita yang tidak bernasib baik seperti saudara Othmang terengganu yang sedang sakit sekarang. Kepada sesiapa sahabat lain yang membaca artikel ini silalah hubungi saya melalui blog saya ini. Pada tahun hadapan jika tiada aral melintang kita akan berkampung di Johor pula. Kepada Hasabul dan rakan-rakan johor tak payahlah susah-susah menyambut kedatangan kami ke sama memadailah jika dapat sediakan beraini gam dan air nenas sahaja.






Isnin, 14 Disember 2009

mprm dan Hari Keluarga 2009

KEPADA SEMUA BEKAS GURU PELATIH MPRM 86 / 90 ANDA DIJEMPUT HADIR KE PENDANG RESORT, KEDAH UNTUK PERJUMPAAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2009. SILA HUBUNGI SAUDARA IBRAHIM(pmct 3) DITALIAN 019-5636200 DENGAN KADAR SEGERA. TARIKH PERJUMPAAN ADALAH 19/12/2009 HINGGA 22/12/2009 DAN DAFTAR MASUK JAM 8.00 PAGI. KITA DIJANGKA MENGADAKAN LAWATAN KE SELURUH NEGERI KEDAH DAN JUGA SAMPAI KE SEMPADAN SIAM.

Kraf Keris...satu persoalan

Daripada huraian yang diberikan oleh penulis diatas tadi dapat dibuat satu kesimpulan bahawa kemasyarakatan, kebudayaan dan kesenian khasnya kraf keris merupakan suatu hasilan oleh orang Melayu yang sangat menarik untuk dijadikan bahan kajian. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa telah ramai sarjana di negara ini yang membuat penulisan dan kajian mengenai kraf keris ini. Namun berapa ramaikah didalam penulisannya mengalakkan pelajar atau orang ramai sentiasa menyemaikan semangat ingin mengetahui bahawa kraf keris ini telah mula ditelan oleh arus pembangunan dan kemajuan. Persoalan kajian yang muncul dari keadaan ini ialah:

1. Bagaimana cara untuk membina satu modul pengajaran dan pembelajaran yang baru dalam sistem pendidikan kita kerana keris telah diperkenalkan dalam kurikulum sebagai senjata yang sama tarafnya dengan parang dan kapak.
2. Dalam permasalahan menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran kraf keris ini juga ianya berkaitan dengan bagaimana menjadikan satu pengajaran dan pembelajaran kraf keris dalam bentuk menghasilkan bahan atau produk keris.
3. Perlu ada satu modul pengajaran dan pembelajaran mengenai kraf keris ini kerana ianya semakin dilupakan oleh generasi masa kini yang mana mula melenyapkan kepentingan kraf keris dalam kehidupan kita pada masa kini.

A- Pengajaran dan Pembelajaran Kraf di Sekolah Menengah

Penulis merasakan bahawa pembinaan satu modul pengajaran dan pembelajaran kraf keris ini perlu dibuat adalah kerana atas rasa tanggungjawab bagi memertabatkan lagi kraf keris sebagai kraf tradisional. Selain itu memberi peluang kepada pelajar di sekolah menenggah tahu, faham dan mengetahui fungsi keris dalam kehidupan baik dari segi budaya dan juga sejarah. Kajian ini akan memberi keutamaan kepada masalah fungsi dalam memperkatakan tentang kraf keris bukan sahaja sekadar menyentuh masalah bentuk tetapi juga menyentuh makna simbolik dan estetik. Fungsi bentuk dalam kraf juga bukan hanya mementingkan masalah kegunaan dan pemakaian bentuk yang dicipta seperti periuk belanga daripada tanah, bakul daripada rotan, buluh, daun pandan seperti apa yang berlaku sejak zaman Neolitik tetapi bagaimana tukang atau pereka kraftangan telah melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam memenuhi kehidupan bersama. Pakaian Melayu tradisi tidak akan sempurna hanya dengan baju, kain, seluar, samping tetapi harus dilengkapi dengan ’lima persalinan’ disertakan dengan destar, malah keris, bengkung, dokoh atau gelang kaki. Tentang kepakaran mencipta, mengolah bahan, malah mencipta motif hias ramai pakar Barat menganggap bahawa budaya Melayu dibantu oleh keahlian tukang seperti dibawa oleh budaya Dong-son sejak awal abad 8 SM (Warming, 1981:13). Mungkin mereka membandingkan masalah teknik ikat seperti cindai atau petola dari India atau motif keluk dan meader yang banyak menghiasi pua kumbu.

Oleh kerana sejarah kraftangan memang panjang, kita sering mengganggap bahawa hasil budaya material ini selalu bersifat ’tanpa nama’. Tidak dikenali siapa penciptanya. Ciri-ciri konvensional ini sesuai dengan bentuk kraftangan itu sendiri. Ia dipunyai bersama malah dibentuk dan dicipta bersama. Sebuah bakul misalnya dari peringkat permulaan memperlihatkan ciri-ciri kebersamaan ini dimana sejak dipotong daun mengkuang, pandan atau buluh sehingga kepada membersih, mengering hinggalah ke proses mengayam selalunya dilakukan bersama. Sebagai warisan sejak ribuan tahun dahulu , kraftangan dapat dikategorikan ke dalam kelompok kesenian rakyat (folk arts). Istilah tradisi lisan seperti yang dikemukakan oleh Mohd Taib Osman misalnya turut meletakkan kraftangan sebagai karya seni rakyat daripada ciri-ciri budaya material sebagai sebahagian daripada pengajian Melayu serantau.

Di Eropah sendiri kajian budaya material sejajar dengan pertumbuhan ilmu etnografi, pengumpulan bahan-bahan seni rakyat Dunia Ketiga terutama dengan timbulnya minat pengumpulan benda budaya yang sering mendapat jolokan seni primitif. Muzium etnografi Jerman dan Perancis pada akhir abad ke-19 memberikan pandangan yang khusus dalam mendokumentasikan hasil seni budaya dari Dunia Ketiga ini. Begitu juga peranan pelukis yang terus mengangkat patung dan kraftangan Afrika telah turut menaikkan imej kraftangan. Seorang pengkaji kesenian tradisi Jepun, Kageo Muraoka mencatatkan dalam bukunya, The Basic Attribute of Folk Craf is Utility, The Objects Practical Value (1976:103) bahawa dalam proses perkembangan kraftangan, kedua-dua unsur iaitu fungsi dan estetik adalah penting. Walaupun kraftangan merupakan kerja warisan namun ilmu yang kita perolehi tidak boleh diabadikan. Manakala estetik melibatkan kesedaran dari dalam jiwa yang berkembang berkat ketelitian dan rangsangan ingin menubuhkan citarasa peribadi tukang dan pandai kraf sendiri. Yang agak menarik perkembangan kraftangan kita pada hari ini ialah penglibatan tukang atau pandai kraf dalam suasana baru. Mereka bukan sahaja melanjutkan warisan seni lampau malah turut mengolah kembali melalui daya cipta peribadi yang unik.

Berdasarkan model seni sebagai pengajaran dan pembelajaran, pendidikan kraf mungkin mewakili pendekatan terbaik kepada realiti ekonomi dan tanggungjawab sosial. Cuba pertimbangkan pembuat tembikar, pandai besi, tukang kayu dan pereka pakaian , tradisinya lahir daripada reka bentuk bagi utiliti, penghasilan seni untuk kegunaan individu dan seni yang berguna bagi orang ramai. Sementara sesetengah orang menganggap kraf sebagai mode pengeluaran yang ketinggalan zaman, kita tidak dapat nafikan implikasi ekonomi yang mana mengalir dalamnya nilai-nilai pendidikan. Nilai-nilai dan kesannya yang pertama ialah memajukan kemahiran tangan. Nilai ini berkait rapat dengan identiti manusia. Meskipun penggunaan komputer yang semakin meluas , guru masih bekerja dengan menggunakan tangan. Di samping kepuasan yang diperolehi kerana menggunakan tangan, membina kekuatan minda dan meningkatkan koordinasi mata-tangan, ianya juga meningkatkan kepuasan diri.

Nilai yang kedua pula ialah untuk mempertingkatkan idea hubungan bentuk dengan fungsi. Konsep yang nampak mudah ini sukar diperolehi melalui bentuk pendidikan lain, namun ia bermula daripada aktiviti kraf murid-murid sekolah rendah. Paling menarik aktiviti ini begitu berkesan daripada sudut pandangan ahli kognitif. Misalnya membuat periuk tanah dengan menggunakan teknik lingkaran tanah liat dapat meningkatkan perkembangan konseptual aras tinggi walaupun periuk itu sendiri tidak kelihatan menarik sebagai karya seni. Nilai dan kesan ketiga pula ialah pembelajaran melalui cara mengatasi ketekalan bahan. Selain daripada kejayan peribadi menangani ketekalan bahan itu, terdapat juga penemuan bahan-bahan itu mempunyai potensi bagi digunakan dan diolah. Ini bukan sekadar penemuan psikologi tetapi mempunyai makna yang tidak terbatas yang dapat dihasilkan melalui kerja kemahiran. Ia juga bukti yang meyakinkan hasil seni adalah kewujudan ’dunia sebenar’.

Nilai yang terakhir pula ialah penguasaan proses. Kemahiran kraf memerlukan keupayaan mengoperasi alat yang digunakan dengan cara yang betul. Pengurusan yang baik tidak seharusnya anti kreativiti, ia juga sebahagian daripada kebolehan menguasai teknik. Kita berbicara tentang kemahiran kraf yang sebahagiannya dipelajari melalui pengiktirafan terdapat kaedah yang lebih baik daripada yang lain. Sementara kelemahan menguasai penggunaan alat akan membawa kepada masalah, hanya orang yang berpengalaman dan guru seni yang tahu cara mengatasai masalah ini. Mungkin ganjaran yang tinggi dalam pendidikan kraf dapat diibaratkan sebagai dividen ekonomi moral. Di sini kita mesti diajar pengunaan bahan, alatan dan proses dengan sejujur mungkin. Kemungkinan wujudnya unsur-unsur penampilan palsu dan orang yang pakar berupaya menambah nilai pada sesuatu objek bagi mengaburi pandangan orang ramai dalam usaha menarik minat pelanggan daripada sudut kegunaan, ketahanan dan nilai estetik. Daripada pendidikan seni kraf kita mempelajari banyak bentuk pemalsuan di lakukan dan ini adalah kesalahan dari segi ekonomi dan juga dari segi ekologi. Dalam kita membantu pelajar menguasai idea, kemahiran, nilai, cara berfikir, kita juga sebenarnya mengajar mereka bagaimana belajar. Hasil pengajaran jangka panjang yang sangat penting adalah peningkatan kebolehan pelajar untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan pada masa akan datang. Kemudahan belajar ini disebabkan oleh pengetahuan dan kemahiran yang telah diperolehi dan proses pembelajaran yang telah dikuasai. Ini menunjukkan bagaimana pengajaran dijalankan mempunyai impak yang besar ke atas kebolehan pelajar mendidik diri mereka.

Guru yang berjaya melibatkan pelajar dalam tugasan kognitif dan sosial yang bermakna dan mengajar pelajar bagaimana menggunakannya secara produktif. Pembelajaran yang berkesan mendapatkan maklumat, idea dan kebijaksanaan daripada gurunya dan menggunakan sumber pembelajaran dengan berkesan. Oleh itu, peranan utama mengajar adalah untuk membentuk pembelajaran yang berkesan. Belajar bagaimana hendak belajar merupakan fokus utama dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu model pengajaran diukur bukan sahaja sebaik mana ia mencapai objektif-objektif spesifik yang telah ditetapkan, tetapi juga sebaik mana ianya dapat meningkatkan kebolehan belajar, yang merupakan tujuan utamanya. Pelajar akan berubah apabila repertoire strategi-strategi pembelajarannya meningkat, dan mereka boleh melaksanakan pelbagai jenis pembelajaran dengan berkesan. Kajian ke atas pelbagai model pengajaran dan guru yang sentiasa berkesan telah melahirkan dua soalan asas iaitu secepat manakah pelajar boleh diajar untuk belajar dengan lebih baik dan sejauh manakah semua pelajar boleh diajar untuk belajar dengan lebih berkuasa. Bayangkan sekolah yang menggunakan pelbagai model pengajaran kraf yang bukan sahaja untuk mencapai pelbagai matlamat kurikulum, tetapi juga direkabentuk untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka sebagai pelajar.

Semasa pelajar menguasai sesuatu pengetahuan dan kemahiran, hasil sesuatu pengalaman belajar bukan sahaja kandungan yang dipelajari, tetapi juga kebolehan yang meningkatkan apa yang diperolehi untuk menghadapi tugasan belajar masa depan dan membentuk program belajar mereka sendiri. Pembelajaran boleh dijelaskan sebagai aktiviti reflektif yang membolehkan pelajar menggunakan pengalaman lepas untuk memahami dan menilai perkara hari ini, yang seterusnya dapat mengubah tindakan pada masa akan datang serta mampu membentuk pengetahuan baru. Ini mampu dilakukan kerana kita dianugerahkan dengan otak yang dapat menunjuk arah aktiviti individu dalam bentuk dan cara yang membolehkan kita menjalani hidup dalam persekitaran yang sentiasa berubah. Teras proses pengajaran adalah penyusunan/pengaturan persekitaran yang mana di dalamnya pelajar boleh berinteraksi dan belajar bagaimana untuk belajar (Dewey, 1916). Model pengajaran adalah merupakan deskripsi persekitaran pembelajaran. Di dalamnya terangkum orientasi falsafah dan psikologi yang utama dalam pengajaran dan pembelajaran. Setiap model mempunyai asas teoretikal yang koheren, serta mempunyai sejarah yang panjang dari segi praktik dan amalannya, dipertingkatkan keberkesannanya melalui pengalaman bagi membolehkan ianya digunakan dengan selesa dan berkesan dalam bilik darjah dan lain-lain latar pendidikan. Lebih-lebih lagi kebanyakan model tersebut adalah model yang boleh diubahsuai mengikut gaya belajar pelajar dan mengikut keperluan subjek yang diajar. Selain daripada itu, model-model tersebut telah terbukti boleh digunakan dengan berkesan. Disamping telah disahkan melalui pengalaman, ianya juga disokong oleh penyelidikan yang banyak yang telah menguji teorinya dan kebolehannya mencetuskan kesan yang diharapkan.

B- Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kraf Keris di Sekolah Menengah

Pendidikan seni adalah sebahagian daripada agenda pendidikan di negara kita. Bidang ini menggabungkan aspek teori dan amali yang menjurus ke arah pembentukan insan yang bersepadu melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan. Pendidikan kraf keris dalam pendidikan seni memainkan peranan dan menyumbang ke arah perkembangan mutu peribadi pelajar melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti. Ini selaras dengan kandungan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu di samping membentuk masyarakat yang seimbang dan harmonis (Mak Soon Sang : 1983 :125) .Bagi membincangkan teori atau isu yang berkaitan dengan pendekatan dan kaedah dalam amalan kurikulum pendidikan kraf keris dalam seni ini penulis akan membicarakan tentang pembinaan kurikulum pendidikan seni berasaskan kepada matlamat dan objektif seperti yang dicadangkan oleh Kneeth M. Lansing dan Arthur Efland. Seterusnya diperlihatkan kesesuaiannya dengan matlamat Pendidikan seni dan objektifnya di negara ini. Kedua-dua tokoh ini banyak menghuraikan tentang pembinaan kurikulum Pendidikan Seni yang meliputi aspek matlamat umum, matlamat khusus, objektif-objektif serta pendekatan yang digunakan.

Sistem pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat yang jelas samada secara tersirat atau tersurat iaitu bagi melahirkan insan dan pelajar yang cemerlang menerusi Falsafah Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Tujuan Falsafah Pendidikan ialah untuk memberi haluan dan panduan kepada pakar pendidikan untuk merancang dan mereformasikan sistem pendidikan negara berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan.

Pendidikan kraf keris dalam seni yang merupakan salah satu bidang ilmu yang terdapat dalam agenda pendidikan negara ini menjurus ke arah pembinaan insan yang bersepadu melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengenai budaya, pemikiran kreatif, nilai estetika dan produktif. Falsafah Pendidikan Negara berusia melebihi sepuluh tahun. Dan sejak akhir-akhir ini perkembangan unsur-unsur teknologi telah hebat diperkatakan. Dunia pendidikan negara ini juga telah mengalami perubahan drastik dalam pelbagai aspek. Dalam hal ini guru-guru Pendidikan Seni Visual sebenarnya memainkan peranan yang amat penting bagi menentukan kemajuan pelajar. Selama ini guru Pendidikan Seni Visual banyak terlibat dalam kerja-kerja praktikal dan kurang dalam kerja amali (Jurnal kaji Sosial : Hassan Mohd Ghazali : 1995 : 30). Sebagai guru kita seharusnya mendalami keseluruhan bidang-bidang yang berkaitan dengan seni visual. Semakin banyak pendekatan yang kita fahami maka semakin banyaklah ilham yang kita perolehi untuk merencanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Keris ... senjata atau kraf

Kajian ini akan membincangkan perkembangan inovasi modul pengajaran dan pembelajaran melalui perubahan-perubahan yang diperkenalkan kepada sistem pendidikan negara sejak Laporan Kabinet 1979, yang merupakan satu ambang perubahan penting dalam sejarah pendidikan negara hingga ke masa kini. Laporan Kabinet 1979 telah membawa satu reformasi dalam pendidikan yang melahirkan KBSR (1983) dan KBSM (1989). Reformasi ini telah mengubah asas falsafah pengajaran dan pembelajaran di sekolah daripada falsafah tradisional kepada falsafah pendidikan progresivisme dan rekonstruksionisme. Anjakan ini telah memberi implikasi terhadap ilmu dan cara pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, daripada pendekatan transmisif dan didaktik kepada pendekatan dialektik dan interaktif; daripada berpusatkan isi kandungan dan guru kepada berpusatkan bahan dan pelajar; daripada pendekatan kurikulum yang rigid kepada pendekatan yang lebih fleksibel dan bersepadu; daripada pengajaran seluruh kelas kepada pengajaran berasaskan kumpulan; daripada penyertaan pasif pelajar yang menerima apa yang disampaikan oleh guru kepada penyertaan secara aktif mencari maklumat yang boleh digunakan dalam situasi yang berbeza-beza; daripada strategi dan suasana pengajaran yang seragam kepada strategi dan suasana pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai. Dari segi epistemologinya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran lebih cenderong kepada pembelajaran berasaskan pengalaman dan kaedah inkuiri di mana pembelajaran berlaku melangkaui sempadan bilik darjah.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang diperkenalkan dalam tahun 1988, bukan sahaja memantapkan lagi asas pembinaan modul pengajaran dan pembelajaran yang dianjurkan oleh Laporan Kabinet, ia juga melebarkan dimensi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang perlu digunakan oleh guru. falsafah pendidikan negara yang menekankan perkembangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu, menuntut kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan pembentukan insan bersepadu yang berkeupayaan meneroka ilmu dengan menggunakan akal fikiran dan daya taakulan yang tinggi. Insan berfikir dan bersepadu ini menjadi landasan penting kepada pembentukan masyarakat pembelajaran yang bukan sahaja menjadi pengguna ilmu tetapi juga penyumbang ilmu. Anjakan epistemologi pedagogi yang dibincangkan di atas, memerlukan perubahan peranan guru kepada menyediakan ruang dan peluang untuk membolehkan pelajar menerokai lima sumber pengetahuan iaitu pengetahuan yang diwahyukan, pengetahuan intuitif, pengetahuan autoritatif, pengetahuan rasional dan pengetahuan empirikal.

Dalam merancang penerokaan mengenai pengetahuan, pengetahuan semasa perlu ada untuk merancang modul pengajaran dan pembelajaran ini. Guru perlu menggunakan akal fikirannya bagi memperkembangkan empat jenis potensi iaitu rohani, intelek, emosi dan jasmani secara seimbang dan bersepadu. Pembelajaran berasaskan pengalaman menjadi strategi yang utama di mana pelajar sendiri yang mengawal pembelajarannya. Inovasi pedagogi yang disarankan dalam KBSR dan KBSM menekankan kepada pemerolehan ilmu pengetahuan, peningkatan daya intelek, penguasaan kemahiran belajar, pemupukan dan penerapan nilai, penguasaan dan penggunaan bahasa serta kesepaduan mata pelajaran. Ini boleh dicapai melalui pendekatan pemikiran merentas kurikulum, bahasa merentas kurikulum dan nilai merentas kurikulum.

Perkembangan yang berlaku dalam KBSR dan KBSM mempunyai implikasi kepada pendidikan guru. Pada tahun-tahun 80an, pendidikan guru di Malaysia telah dilanda oleh pelbagai inovasi sejajar dengan kehendak dan matlamat KBSR dan KBSM. Keupayaan untuk meningkatkan pembelajaran daripada pengalaman adalah merupakan tumpuan utama kepada perkembangan profesionalisma guru. Konsep guru sebagai penyelidik (Stenhouse), penyelidikan tindakan (Carr & Kemmis), pengamal reflektif (Schon) dan pembelajaran melalui pengalaman (Kolb) adalah merupakan inovasi-inovasi yang dicetuskan daripada perkembangan profesionalisme yang memberi tumpuan penting kepada belajar menerusi pengalaman. Pengenalan “innovatory concepts” tersebut adalah satu gambaran tentang '‘internationalisation of thinking’ berkenaan pengajaran dan pembelajaran.

Tahun 90an menampakkan peningkatan dalam penggunaan teknologi dalam merancang modul-modul pengajaran dan pembelajaran. Ini seterusnya menuntut kepada inovasi yang lebih berbentuk perubahan yang radikal sesuai dengan perubahan pesat dan pantas yang berlaku dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi. Konsep Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan menjadikan teknologi sebagai pengupaya utama dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Budaya sekolah perlu berubah daripada budaya hafalan kepada budaya berfikir yang kritis dan kreatif dengan teknologi sebagai pengupaya utama.

Walaubagaimana pun idea-idea inovasi ini perlu diuji dalam konteks budaya tempatan. Idea-idea tersebut merupakan ‘global market of free floating ideas’. Kesesuaian dan potensi untuk menggunakannya adalah berlainan dari satu negara ke negara yang lain. Idea-idea yang baru ini diperkenalkan selain bertujuan untuk mengayakan pengalaman pengajaran pembelajaran di Malaysia, ia juga bertujuan untuk menghasilkan guru sebagai pengamal reflektif. Oleh yang demikian, mungkin lebih wajar jika kita meninjau impak inovasi tersebut ke atas keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam sistem persekolahan di Malaysia.

Penulis merasakan bahawa satu kajian harus dilakukan bagi membina satu modul pengajaran dan pembelajaran kraf keris dalam sistem pendidikan di negara ini. Berasaskan kepada pengalaman penulis sebagai guru dimana kraf keris pada hari ini diajar sebagai salah satu bahan senjata. Tiada kajian atau tindakan yang dilakukan oleh pengamal-pengamal pendidikan di negara ini untuk menaikkan martabat keris sebagai salah satu cabang kraf tradisional. Dalam sistem kurikulum pendidikan seni visual di sekolah menengah hari ini merangkumi perkara yang berkaitan dengan seni halus, komunikasi visual, rekabentuk dan kraf tradisional. Pelajar-pelajar akan dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek diatas, pelajar-pelajar dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutamanya dalam meningkatkan nilai hidup. Pendidikan Seni Visual di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, bermaksud pendidikan seni tampak. Ia ditujukan ke arah melengkapkan perkembangan diri seseorang melalui nilai peribadi individu dan memupuk kesedaran terhadap kegunaan seni dalam kehidupan sehari-hari serta penghargaan hasilan seni sebagai sumbangan kepada pemeliharaan warisan budaya dan identiti bangsa, negara kita Malaysia. Modul pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni lebih kepada menegaskan kegiatan di dalam proses penghasilan seni dengan memberi tumpuan kepada kesungguhan kerja. Ini adalah kerana penglibatan di dalam kegiatan seni bukan sahaja menyentuh perasaan estetik dan daya kreatif seseorang melalui penajaman daya intuisi, persepsi dan konsepsinya, malah boleh mengujudkan rasa kepuasan dan kesedaran terhadap bakat dan kemampuan diri dalam bidang seni. Sifat-sifat tersebut akan menjadikan dia lebih perasa, bersikap sederhana dan mampu mengamalkan pertimbangan kesenian dan kesempurnaan dalam mengendalikan kehidupannya. Setiap orang pelajar mempunyai kebolehan ini dengan kadar kemampuan masing-masing.

Dalam merancang satu modul baru bagi Kurikulum Pendidikan Seni Visual, iannya akan merangkumi semua cabang seni dan juga semua hasilan kraf kerana bidang kraf sudah bertapak di negara Malaysia ini sejak awal-awal penubuhannya lagi. Pendidikan Seni Visual juga telah meresap ke semua bidang kehidupan seperti bidang komunikasi, rekreasi dan persekitaran dan dalam kehidupan sehari-hari. Pengetahuan dan kemahiran seni juga mempunyai aplikasi dalam teknologi perusahaan dan juga pengeluaran. Setiap manusia memang ternyata sekali pada hakikatnya terlibat dengan seni dalam sebarang kegiatannya. Dalam pendidikan seni visual perkara ini sentiasa dijadikan keutamaan dalam melaksanakannya. Pelajar dilatih melihat sesuatu daripada perspektif yang lebih luas merangkumi aspek estetik di samping fungsionalnya. Pertimbangan estetik ini kelak boleh menjamin peningkatan mutu perusahaan dan pengeluaraan sesebuah negara. Manusia menggunakan seni untuk menyatakan hasrat, idea, nilai dan pandangannya mengenai berbagai bidang kehidupan yang dialaminya. Oleh itu seni melambangkan tamadun dan budaya sesuatu masyarakat.

Kajian modul kraf keris dalam Kurikulum Pendidikan Seni merangkumi kajian penghargaan mengenai hasilan seni di dalam budaya merupakan suatu bahagian yang sangat penting. Bidang ini menegaskan kajian hasilan seni setempat dan kebangsaan serta juga unsur-unsur seni dalam alam sekitar dan dalam urusan kehidupan seharian. Melalui kefahaman tentang hasil-hasil seni negara, penghargaan terhadap penyumbang dan juga pengamal-pengamal warisan budaya ini dapat dipupuk dan disemai sejak awal lagi. Dengan itu penerapan sentimen kebangsaan dan nilai-nilai kewarganegaraan dapat mengeratkan lagi persefahaman di kalangan masyarakat yang berbilang bangsa , agama dan budaya di negara ini. Masyarakat yang celik seni dan budaya akan menggalakkan lagi perkembangan seni yang menuju ke arah memperbaiki nilai-nilai hidup.

Selain itu modul pengajaran kraf keris ini juga akan menjadikan masyarakat akan lebih celik seni dan menghargai keindahan dan keharmonian alam dan masyarakat serta akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memeliharanya. Modul pengajaran kraf keris dalam Kurikulum Pendidikan Seni ini juga akan menegaskan tentang kegiatan-kegiatan pembuatan, gubahan dan kajian pengamatan melalui proses inkuiri. Aspek mencuba, mereka cipta melalui pengolahan berbagai bahan, alat dan teknik rekaan dijadikan teras untuk pelbagai kegiatan kesenian dan kraf. Proses penghasilan dan analisa modul pengajaran dan pembelajaran kraf keris dalam pendidikan seni ini lebih bertujuan memberikan setiap pelajar peluang membuat sintesis pengalaman untuk menjadikan dia seorang yang yakin untuk berhubung melalui seni. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang penghasilan kraf keris dan akan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasikan ilmu yang diperolehi bersama.

Ahad, 13 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru Angah


Angah kiri bersama Busu

Hari ini genaplah umur angah 28 tahun. Pejam celik angah dah besar panjang sekarang. Apak masih ingat angah pergi ke sekolah dihantar oleh arwah atuk setiap hari dengan duduk didepan bakul motorsikal atuk. Angah dan Along 'terpaksa' dijaga oleh atuk dan uwan kerana emak angah 'sakit'. Angah tak pernah berpisah dengan atuk dan uwan. Bagi angah, atuk dan uwan adalah emak dan abah angah. Ateh juga tempat angah mengadu masalah. Itu dulu, sekarang angah dah besar panjang, angah dah pandai cari duit sendiri. Kenangan semasa angah kecil bermain dimata Apak bila melihat angah berjabat tangan dengan juru nikah. Walaupun angah bukan anak apak, cuma anak buah sahaja namun perasaan gembira bertandang di hati apak.


Hanya ungkapan Selamat Pengantin Baru yang dapat apak titipkan untuk anak buah apak. Tiada harta dan wang ringgit dapat apak berikan hanya doa dan kasih sayang apak sekeluarga dapat berikan. Ingat angah hidup berumahtangga ni bukan barang mainan. Ingat kata takliq yang angah lafazkan masa akad nikah tu...akhir kata dari apak selamat pengantin baru angah.






Khamis, 3 Disember 2009

Siapa Hamzah Lasa ?

Hari ini bila saya membelek-belek Majalah Anjung Seri keluaran Disember 2009 (bil.195) mata tertumpu pada satu ulasan artikel " Dari Raub ke Kuala Kubu " oleh Dr. Johari Ab.Hamid dari UPSI Tg. Malim. Eh ! macam kenal...dari mukasurat 122 hingga 123 mata melilau mencari empunya diri...sah, dialah orangnya. Hamzah Lasa... seorang guru , rakan, sahabat, abang dan pendengar yang baik. Macam mana boleh kenal ? Ala kami satu fakulti la... satu batch lagi. Lepas tu sama-sama praktikum di Tapah, Perak.


Hamzah Lasa nombor 3 dan saya 2 dari kanan


Mata lantas tersorot ke dinding rumah... gambar satu lukisan bertemakan penderitaan yang melanda di Kosovo tergantung megah. Ah... lukisan sehebat orangnya. Pernah beberapa kali bercakap dalam talian dengan beliau, semasa beliau baru hendak melapur diri di IPG Serawak. Kenangan semasa belajar bergumpuk kembali dipundak. Kami juga bersama menyambung pelajaran hingga peringkat sarjana di UPSI Tg. Malim. Mata kembali terarah ke lukisan beliau...walaupun pemberian ini telah lama tersimpan namun gahnya tergantung didinding rumah telah sekian menjadi tatapan rakan yang berkunjung. Hati tak puas jika tak "terceritakan" siapa pemilik lukisan ini.



Hati rasa dihompuk dengan batu. Gembira kerana sebuah lukisan pelukis tersohor tergantung di dinding rumah teres 2 tingkat iaitu di 113 Taman Bukit Pilah Perdana, Kuala Pilah. Bilalah lagi dapat berjumpa dan bersembang lama. Terima kasih sahabat, terima kasih cikgu.... cerita mengenai saudara takkan saya hentikan selagi lukisan itu tergantung di rumah saya.