Jumaat, 15 Januari 2010

Taik Kucing


Hari ini aku keluar rumah dalam keadaan marah. Nak tau kenapa? Aku terpijak taik kucing masa nak keluarkan kereta. Bila terpijak aku lihat disekeliling kereta kancil penuh dengan taik kucing. Masalahnya kucing ini bukan aku yang punya. Dua hari lepas isteri saya terjerit bila nak keluar pergi sekolah. Aku ingatkan terlanggar kucing rupanya bawah kereta penuh dengan muntah kucing. Kerana mengamalkan hidup berjiranlah maka aku buat diam sahaja, maklumlah nak jaga hati jiran. Tapi kalau dah hari-hari bau taik mana tahan. Kalau lah ada cara yang boleh digunakan agar kucing ni berak sahaja dekat rumah tuan dia dah lama saya praktikkan. Jadi rakan-rakan kalau ada idea macammana nak bagi kucing ni berhenti berak, silakan..saya rela mencubanya.

Nota Lukisan: Tingkatan 5

Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan karyanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah.
Seni pada mulanya adalah proses dari manusia, dan oleh kerana itu merupakan sinonim dari ilmu. Sekarang ini, seni boleh dilihat dalam intisari ekspresi dari kreativiti manusia. Seni sangat susah untuk dijelaskan dan juga sukar dinilai, bahawa masing-masing individu artis memilih sendiri peraturan dan parameter yang menuntunnya atau kerjanya, masih bisa dikatakan bahwa seni adalah proses dan produk dari memilih medium, dan suatu set peraturan untuk penggunaan medium itu, dan suatu set nilai-nilai yang menentukan apa yang pantas dikirimkan dengan ekspresi lewat medium itu, untuk menyampaikan baik kepercayaan, gagasan, sensasi, atau perasaan dengan cara seefektif mungkin untuk medium itu. Sekalipun demikian, banyak seniman mendapat pengaruh dari orang lain masa lalu, dan juga beberapa garis pedoman sudah muncul untuk mengungkap gagasan tertentu lewat simbolisme dan bentuk (seperti bakung yang bermaksud kematian dan mawar merah yang bermaksud cinta).

Khamis, 14 Januari 2010

Baikpulih Galeri Sejarah






Beberapa hari lalu pihak sekolah telah dihubungi oleh pihak Muzium Negeri bagi tujuan lawatan kerja ke sekolah kami. Pihak muzium ingin melihat Galeri Sejarah sekolah ini yang telah dilawati YB Dato Hj Mohd Razi bin Kail EXCO Pelancongan Kerajaan N.Sembilan. Namun amat mendukacitakan kerana buat masa sekarang galeri sejarah sekolah sedangdalam proses dinaiktaraf. Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Dato Seri Utama Dr. Rais bin Yatim Malaysian Minister of Information, Communications and Culture kerana keperihatinan beliau maka pihak sekolah dapat membaikpulih galeri sejarah ini. Terima Kasih Dato Seri budi dan ingatan Dato Seri Utama akan menjadi ingatan kami semua.

Majlis Bacaan Yassin





Tempat : Foyer Sekolah
Hari: Jumaat
Tarikh: 15/01/2010
Imam : Ust. AhmadFuad

Ahad, 10 Januari 2010

1Malaysia...Rakyat didahulukan ?


Apabila Menteri mengumumkan bahawa harga minyak akan dinaikkan maka kita beranggapan bahawa kerajaan mengurangkan pemberian subsidi minyak kepada rakyat. Selepas itu diumumkan pula harga minyak akan ditentukan oleh kapasiti cc enjin kenderaan tersebut. Ini kerana golongan yang memakai kereta bawah 2000 cc adalah orang susah. Ini siapalah yang memberikan idea BANGANG hendak mengujudkan KASTA dikalangan rakyat 1Malaysia. Tidak sedarkah orang yang mencadangkan harga ini bahawa apabila kerajaan meyelaraskan skim gaji dahulu, golongan gred34 kebawah ini telah diberikan banyak kelebihan sehingga gaji mereka diberikan kenaikkan 25%. Lagi sekali nak diingatkan bahawa walaupun kereta itu berkapasiti 2000cc tetapi golongan ini kebanyakkannya adalah mereka yang telah dikenakan cukai pendapatan. Kerajaan jangan mengambil sikap TERLEPAS PANDANG akan perkara ini. Kerana terlepas pandanglah maka skim gaji dikalangan pegawai kerajaan terutamanya guru menjadi carca marba. Kepada golongan bijak pandai ini janganlah hendak menjadi hero bodoh sombong. Kuasa rakyat mengatasi segalanya tak dapat hari ini, hari lain akan menjelma. Kalau nak beri keadilan berilah kepada semua. Dalam ekonomi yang dikatakan gawat ini penoreh getah hari ini sedang menikmati harga yang sangat baik iaitu sekilo RM4.80. Janganlah dibuat perbandingan kepada kereta terimalah kenyataan jika tak tahu mentadbir berilah kepada orang yang tahu. Kalau tak tahu berniaga berilah kepada orang yang tahu. Kalau tak tahu tentang ekonomi berilah kepada mereka yang tahu. Jangan ambil jalan mudah. Akhir kalam dari saya janganlah buat sesuatu perkara kalau tak tahu apa akibatnya.

Rabu, 6 Januari 2010

Mesyuarat Ko-Kurikulum Kali 1 SMK Juasseh 2010





Tarikh : 07/01/2010
Hari: Khamis
Masa: 2.30pm
Tempat: Bilik Gerakan
Pengerusi: Pn Yatimah bt Jiram (Pengetua SMK Juasseh)

Isnin, 4 Januari 2010

Mesyuarat Kurikulum Kali 1 2010




Tarikh : 05 Jan 2010
Hari : Selasa
Masa : 3.00
Tempat : Bilik Gerakan
Kehadiran :40 orang
Pengerusi : Pn Yatimah Jiram (Pengetua SMK Juasseh)