Pejam celik hari ini genap 3 tahun Arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. Dalam usia 84 tahun abah mengadap tuhan dengan tenang sekali. Tergiang lagi kata-kata akhir abah sebelum abah meninggal iaitu " Abah tak ada apa-apa , abah nak rehat kejap lepas tu kita pergi hospital..." Sejak itu tiada lagi majlis korban diadakan di rumah kami di Kg, Betong Johol N.Sembilan. Tak terdengar lagi suara anak-anak berlari sambil menjerit,"tu lembu korban atuk dah sampai!!! " bila lori Jabatan Haiwan masuk pintu pagar rumah. Tak tau mana silapnya kami sekeluarga tak pernah lagi menganjurkan majlis korban walaupun untuk kami adik beradik. Hari ini hari raya korban ketiga saya terlibat secara langsung dengan satu program korban di masjid Arraudhah Taman Rasa Sayang Senawang iaitu dirumah bapa mertua saya iaitu Hj Yusof Samah dan Hjh Siti Hawa Othman. Anak lelaki saya Muhammad Najmi bertanya kepada saya, "mana satu lembu korban atuk..yah?" Bila sembelihan yang pertama bermula wajah Arwah Abah kembali menjelma dibenak saya. Air mata menitis bila wajah abah tersenyum seolah-olah berkata sekarang mertua kaulah yang menjadi pengganti abah......alfatihah untuk arwah abah semoga abah tergolong dalam orang yang dikasihi. Amin.
Ahad, 29 November 2009
Jumaat, 20 November 2009
Khamis, 19 November 2009
Terima Kasih Cikgu Timah dan Pn Syidah
Hari genap 9 tahun Pn Fatimah binti Mohd Noor mencurahkan baktinya pada SMK Juasseh. Bermula hari inilah beliau akan memulakan tugas di sekolah barunya iaitu SMK Seri Damai, Lancang Pahang. Namun apa nak dikata mengikut suami tercinta adalah pilihannya, pihak sekolah hanya melahirkan rasa sedih dan hiba atas perpindahan Pn fatimah. Pihak sekolah telah menganjurkan satu majlis perpisahan pada hari ini dimana ianya melibatkan dua ahli SMK Juasseh yang berpindah dimana seorang lagi ialah Pn Rashyidah iaitu PT kami. Kepada kedua staff ini pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru dengan ingatan jangan lupakan kami disini.
Program ICU 2009
Program ini telah diadakan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan SPM. Penceramah yang dijemput adalah dikalangan guru cemerlang sekolah ini seperti Cikgu Abd. Latif GC bahasa. Beliau telah memberikan tip-tip bagaimana untuk mengingat fakta. Dalam tinjauan pendapat oleh penulis kepada pelajar purata mereka menyatakan bahawa program ini sangat menarik dan berkesan. Ini kerana program ini telah dijalankan di CIMA Traning Center ( Kilang Simen) yang menyediakan pelbagai kemudahan untuk berkursus. Kepada pelajar tingkatan 5 semua pihak sekolah mengucapkan Selamat Berjaya dalam menghadapi peperiksaan SPM bermula pada 16/11/2009 hingga 19/12/2209.
Latihan Kebakaran SMKJuasseh



Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak Bomba Kuala Pilah kerana telah menberikan kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan latihan ini. Pihak Bomba telah menunjukkan cara bagaimana hendak memadamkan api dengan menggunakan alat pemadam api dengan betul. Beberapa orang pelajar dan guru telah diberi peluang untuk mencuba menggunakan alat pemadam api ini. Satu latihan kebakaran menggunakan api yang sebenar juga telah dijalankan.
(p.s- gambar kurang menarik kerana menggunakan kamera handphone baru Cikgu faizal)
Selasa, 17 November 2009
Langgan:
Catatan (Atom)

