Khamis, 28 Januari 2010

Taklimat Sistem Fail






Tarikh : 26/01.2010
Masa : 2.30pm
Hari : Khamis
Tempat: Bilik Gerakan

Warga sekolah telah menghadiri satu taklimat mengenai pengurusan fail oleh Tn. Hj Mohd Yazid bin Buntal, Timbalan PPD Kuala Pilah. Setelah mendengar taklimat dari beliau barulah kami faham bagaimana pergerakan sesuatu fail dijalankan. Namun begitu ianya agak berlainan dengan sistem yang kami amalkan sekarang. Warga sekolah khusyuk mendengar penerangan dari beliau. Syabas warga sekolah kerana berjaya mengadakan latihan dalam perkhidmatan dengan jayanya.

Rabu, 27 Januari 2010

Nota PSV





PEMBUNGKUSAN




DefinasI
Pembungkusan ialah bekas untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan.

SejarahKonsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, pembungkusan telah wujud menjadi satu bidang perdadangan yang penting.

berfungsi sebagai perlindungan bahan
Fungsi
a) Melindungi barangan dari segi fizikal
b) Menjamin kualiti barangan
c) Memudahkan kerja penghantaran, penyimpanan dan pameran barangan
d) Menyampaikan maklumat barangan kepada pengguna
e) Mengiklankan maklumat dan mempromosikan barangan


Ciri-ciri Pembungkus bukan Hasil Makanan

Klik pada gambar untuk lihat lebih jelas


a) Keterangan tentang ramuan
b) Jenama
c) Gambar hasil
d) Berat bersih kandungan
e) Tarikh luput makanan
f) Logo, nama,dan alamat syarikat atau pembuat hasil
g) Harga baranganCiri-ciri Pembungkus Bukan Makanan

klik pada gambar untuk melihat lebih jelas


a) Senarai bahan
b) Keterangan tentang cara penggunaan dan pemeliharaannya
c) Berat bersih kandungan
d) Tarikh buatan dan tarikh luput (jika mengandungi bahan kimia)
e) Jenama dan ilustrasi (jika perlu)
f) Amaran jika bahan mengandungi racung)

Logo, nama syarikat dan alamat pembuat baranganJenis pembungkusan
a) Barangan lembut atau serbuk
b) Barangan keras
c) Barangan cecair
d) Barangan bantuk krim atau pelekat

bahan pekatan/cecairKriteria Penting Dalam pembungkusan

a) Warna
b) Ilustrasi
c) Muka taip (tipografi)
d) Penerangan
e) Logo syarikat, nama dan alamat
f) Bentuk bungkusan
g) Reka letak
h) Kemasan dan persembahanContoh Pembungkusan

Nota PSV

LOGO
DEFINASI

1. Perkataan logo ialah singkatan daripada ‘Logogram’.
2. Logo merupakan satu gubahan ringkas yang membawa makna dan mesej tertentu.

FUNGSI LOGO

1. Logo berfungsi sebagai satu simbol atau tanda pengenalan bagi:
Pertubuhan
Persatuan
Kelab
Barangan komersial
Syarikat
Perkhidmatan
Kempen
Pameran

2. Logo biasanya dijumpai pada dinding bangunan, kenderaan, iklan, poster, bungkusan serta bahan-bahan bercetak seperti sampul surat, kertas surat, invois, kulit depan, faks, memo, resit dan sebagainya bagi sesuatu syarikat atau pertubuhan.
3. Bagi sesetengah syarikat yang ternama, logo bukan sahaja wujud pada segala hasil pengeluaran, bahkan juga pada kad nama dan pakaian kakitangan serta pekerjanya.

SUMBER ILHAM CIPTAAN LOGO
Logo punca fauna
1. Flora
2. Fauna
3. Manusia
4. Ciptaan Manusia
5. Huruf
6. Angka
7. Bentuk Geometri

JENIS-JENIS LOGO

Terdapat 3 kumpulan jenis logo iaitu:
A. Logo Huruf
B. Logo Representasi
C. Logo Simbol

LOGO HURUF

1. Logo huruf dikenal sebagai ‘logotype’ atau ‘alphagram’ dalam bahasa Inggeris 2. Dicipta berdasarkan rupa bentuk satu huruf atau angka sahaja, beberapa huruf yang digabungjalinkan atau beberapa huruf dalam satu perkataan. 3. Singkatan (initial) yang mewakili sesuatu pertubuhan dipilih untuk gubahan logo pertubuhan itu.

Contoh logo huruf

LOGO REPRESENTASI

1. Dikenali sebagai ‘pictogram’ dalam bahasa Inggeris. 2. Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alam sekeliling. 3. Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untuk menghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masih mengekalkan sifat-sifat asal objek itu. 4. Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapat menyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.
Contoh logo representasi


LOGO SIMBOL

1. Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapat menyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa dan bangsa. 2. Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakili perkara-perkara yang ada perkaitan denganny

Contoh logo simbol


CIRI-CIRI GUBAHAN LOGO YANG BERMUTU
1. Corak logo asli, unik dan bermakna.
2. Bentuk logo jelas dipandang dan mudah difahami.
3. Mempunyai mesej yang mudah diingati
4. Pilihan warna yang sesuai dan berkesan
5. Ciptaan logo mempunyai kaitan dengan tajuk
6. Jika huruf digunakan, huruf asalnya dapat dikesan.
-senivisual1.blogspot

Nota PSV


“ Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya “
Karya Abdullah Ariff
Tahun 1960
Cat air
36.4 x 54.1 cm


Dipetik dari katalog Balai Seni Lukis Negara Koleksi 1958-1988. Copyrights: Terbitan Balai Seni Lukis Negara Malaysia, No.2, Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur. Tel : 03-4025 4990 / 03- 4026 7000Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang. Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia).Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik ‘wash’ dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.LATAR RUANGDengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan ‘wash’ yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan.Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih.KECAIRANPenonjolan ‘wash’ atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat ‘wash’ itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Persoalannya bahagian manakah dalam catan air yang perlukan kecairan? Jawapannya perlu dilihat kembali peranan kecairan itu yang patut berada dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya atau menambah nilai kekuatan warna.Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Perlu diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan akan lahir sendiri melalui latihan dan kawalan.Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika tersalah pilih komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah kunci untuk warna cair mengembang dan menyerlahkan imej. Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa untuk kita bersama menikmati keindahan alam.
petikan:senivisual1.blogspot

Isnin, 25 Januari 2010

Hakim demam



Ni bukan hakim mahkamah la..tapi Hakim pelajar PSV tingkatan lima saya. Nampak sahaja kecil tapi cakapnya besar. Berlakon dalam filem "Aca dan atuknya" dalam tv2 hari Selasa jam 8.30 malam. Budak yang pegang bola sambil menyeringai. Hari ini dia demam, melempeng badannya melentuk atas meja. Kalau difikirkan ragamnya memang nak biarkan sahaja. Tapi hati ni tak sampai ..kamu demam ke Kim kata saya kepada beliau. Pertanyaan saya langsung tak berjawab. Wah dah bisu pulak ke Hakim ni. Rakan disekeliling bingit menjerit..cakap la Kim, tadi masa rehat handal kau makan. Dah tak nak jawab , saya nak kata apa..tapi Kim, kau mesti rajin makan ubat. Supaya cepat sembuh dan teruskan ragam kamu selama ini.

Durian oh durian


Hari ini tangan masih lagi berbau tempoyak , sendawa juga berbau tempoyak. Bila pucuk ubi ditonyoh ke tempoyak, bau semerbak durian mencengkam lubang hidung. Inilah penangan lauk tradisional kita. Kuh..kuh..kuh tersedak dan terasa pedas yang amat sangat sampai air hidung pun keluar. Berair mataku menahan pedas. Ini gara-gara kerana ligat ingatan ku pada satu kenangan zaman baru habis sekolah dulu. Seorang sahabat telah berjaya terpilih mengikuti latihan ketenteraan di Port Dickson. Jarak tempat lahir dan aku dibesarkan dengan Port Dickson hanyalah sekitar 15 ke 20 km sahaja. Felda Sendayan adalah tempat lahir ku. Selepas tiga bulan mengikuti latihan sahabat kami ni pun balik la ke kampung. Kami selalunya akan lepak di depan pondok polis depan kedai Cik Said. "Kau bilo balik dari PD?" soal kami pada beliau. "sat tadi jer..". Humang ai bobulu amek bila dengar dia cakap Kedah..tu baru tiga bulan tu..Kami bertanya lagi jika ada apa-apa buah tangan. Apa jawapannya,." Tak Dak aih..tak dan.. nak singgah, bas dah mai.. uiiii ai , ni kalau lama lagi ni mungkin boleh cakap perancis ni. Teringat seorang sahabat yang baru balik dari Amerika dan duduk di sinun selama 10 tahun, bila balik..toruih cakap..apo lak bodan kau macam tonyok..ni?

Sedakku masih berpanjangan. Kita orang melayu ni janganlah cepat lupa diri. Ada yang dah jijik makan tempoyak lalu digantikan dengan mentega, dah jijik makan belacan lalu diganti dengan sekaya. Lepas tu rambut diwarnakan dengan bermacam warna. Aku ambil pula gulai masak kuning kulit rambai. Puh..berasap . Saya cakap dengan isteri ada melayu dah macam mat salleh. "Abang ingat tak masa kita makan di foodcourt Jusco, Seremban 2 dulu. Ala budak yang pakai jaket musim sejuk siap pakai skaf, topi terbalik, rambut blonde, berseluar pendek, gelang dan cincin jangan cakap la..selagi ada ruang ...penuh semua jari. "Kan bila orang tua India tu tanya pada budak tu kalau kerusi lebih pada meja tu kosong. " Are you alone?..yes! (cakap orang putih).penuh yakin dan selamba jawapannya. Bila orang tua tu nak ambil kerusi tersebut...eh..eh..dah ado orang punyo! katanya. Oooooooooooo melayu rupanya. Fesyen macam mat salleh, cakap..hampeh.

Duduk dan silaku makin rapat..sakit kaki masa main futsal dah lama aku lupakan. Terima kasih la kepada Cikgu Mohd Faizal sebab ajak dan pelawa kami makan dan ambil durian di dusun beliau. Ambil pula ulaman dikeliling dusun, petik pucuk paku dan pucuk ubi. Cili api hijau berkilat, tumbuh melata di pinggir sungai. Lepas makan tanggal baju..kebum.. mandi pula sungai...gerrrrr sejuk sampai ke sum-sum. Terima kasih Zal, bila dusun ini berbuah lagi pelawa lah lagi kami.

Khamis, 21 Januari 2010

Lebai...oh Lebai

Alhamdullilah, dengan izin dan hidayahNya maka aku dapat menunaikan sembahyang Jumaat dengan keadaan kaki masih lagi terasa sakitnya. Dalam tak sedar dah seminggu aku tak hadir ke masjid Jamek K.Pilah. Dalam sujud, kaki ku masih lagi tak dapat dibengkokkan sepenuhnya. Kalau bengkok denyutnya amat terasa sekali. Ah..sakit yang aku tempah sendiri. Dua minggu lepas aku cuba bermain futsal bersama sahabat-sahabat sekolah SMK Juasseh di Komplek Belia jalan Melang. Masa bermain kaki ku meletup dan terasa amat sakit sekali. Keesokkan harinya aku ke klinik dah disahkan doktor otot ku bengkak..ambil ubat. Selepas seminggu agak kurang sakitnya. Aku gagah juga untuk bermain futsal lagi. Tak sampai 5 minit lagi sekali aku terasa meletup. Akhirnya doktor sahkan otot aku terkoyak bila aku pergi ke klinik esok harinya.
Hari ini khatib membaca khutbah yang bertajuk ' Jimatkan Gula dan Kencing Manis'. Benakku tersimpang sebentar. Tulisan Dr. Ahmad Suhaimi Md Nor mantan Dekan FSM UPSI yang sekarang bercuti sebatikal di Bali bertabir diminda. Katanya 'Tok-Tok Guru' di masjid-masjid Bali masih muda dan tajuk ceramahnya yang simple dan mudah difahami. Wah imam hari ini siap berikan berapa cukai yang terpaksa kerajaan tanggung dan bertapa kenaikkan melonjak harga gula dipasaran dunia mempengaruhi harga gula di negara kita. Imam juga menerangkan indek dan peratus penghidap pesakit kencing manis dinegara ini dan faktor penyebabnya.
Dalam asyik mendengar katib baca khutbah tumpuan ku terganggu oleh ZIKIR lebai di hadapanku. Khusyuk dan tawaduk zikirnya. Eh..kan ke Jumaat ni mendengar khatib membaca khutbah itulah maksud Jumaatnya. Berserban setebal hampir 3 inci, ekor serban terjuntai hampir 3 kaki meliyuk disapa angin kipas.Habis pahala ku hari ini. Fuh..jubah al'haramain yang hanya boleh dibeli di Arab Saudi. Goyangan kepala kerana zikir semakin laju..angguk dan geleng silih berganti. Oooo... siap ada tasbih kayu koka, patutlah... laju jemari menari membilang tasbih.. Lagi sekali benakku tersimpang. Kenangan di Masjidilharam Mekah Al'Mukarramah semasa ku menunaikan haji bersama isteri tersayang Hjh Norazmah Mohd Yusof mengimbau kembali. Malam itu aku, isteriku, Along Faridon dan Along Ina (sepupu orang rumahku) naik ke bumbung Masjidilharam untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Aku dan Along Faridon terus bergerak ke kawasan lebih kedepan dari saf orang perempuan. Muazzin melaungkan azan..ah macam bunyi dalam handset pulak. Dalam kusyuk mendengar muazzin melaungkan azan..mataku tertumpu ke satu arah dibelakangku...satu saf dengan isteriku dan selang beberapa jemaah wanita aku lihat sesusuk tubuh gagah perkasa menunaikan solat sunat...la..lelaki rupanya. Lelaki dari Malaysia, segak bergaya, sehat sempurna, masih muda belia tapi sembahyang sebaris dan sebelah dengan wanita (isteri dia agaknya). Lantak la ilmu masing-masing. Selesai solat Maghrib aku dan Along Faridon membaca Al'Quran di saf yang sama...ah mata ni di rayu syaitan agaknya. Mata menjeling kearah tadi..la abang tadi siap tidur berpangkukan peha isteri..
Dah seminggu aku tak ke masjid..tapi bila di masjid ..tak khusyuk iktikaf dan solatku..baru aku sedar syaitan itu ada dimana-mana dan rayuannya makin kuat bila kita makin dekat dengan tuhan.