Ahad, 21 Februari 2010
Emak dan Kenangan bersamanya
Rabu, 17 Februari 2010
Salah Guru Murid Tak Capai 3M
Pada 14/02/2010 ketika kaum Cina negara ini sedang meraikan Sambutan Tahun Baru Cina saya membeli senaskah surat khabar. Hari tu hanya Utusan sahaja yang ada dipasaran. Namun sebab minat membaca walaupun saya tak berminat dengan akhbar ini..beli jugalah. Selak punya selak mata tertampan pada ruangan surat pembaca bila ada satu artikel yang mengulas apa yang TPM yang juga Menteri Pelajaran nyatakan bahawa ramai pelajar sekolah rendah tak tahu membaca. Yang mengulas pula ialah nama-nama hebat dalam bidang masing-masing. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah tajuk artikel itu ditulis begini..GURU punya murid gagal 3M? Begitu angkuh tulisan tersebut. Tak pula saya dengar, tengok dan baca bila pelajar mendapat keputusan cemerlang baik dalam UPSR, PMR atau SPM guru diberi pujian. Bila temuramah dengan pelajar atau pun penjaga mereka akan katakan bahawa ini adalah atas usaha mereka sendiri dan orang yang namanya paling akhir disebut ialah guru-guru. Tahniah lah diucapkan kepada penulis tersebut kerana akhirnya anda berjaya bukan kerana guru tetapi kerana usaha anda sendiri. Anda pandai membaca kerana ibubapa dan orang yang hebat seperti profesor, golongan phd inilah yang mengajar anda hingga dapat membaca. Teori-teori mereka yang hebat inilah yang berjaya mengubah senario pendidikan negara ini. Teori-teori yang dipelajari di fakulti-fakulti pendidikan universiti dinegara ini juga penuh dengan teori rakyat Malaysia sendiri tiada satu pun kita gunakan teori orang lain. Saya teringat satu temuramah sebuah stesyen radio yang membuat liputan satu projek sebuah universiti yang pergi ke sebuah felda di Pahang dan dengan bangganya seorang pensyarah psikologinya menyatakan walaupun program itu tiga hari sahaja pelajar amat berminat dengan kaedah pengajaran yang digunakan. Agaknya kita lupa bahawa pelajar akan berminat dengan semua benda baru yang mereka temui. Bukan pengajaran itu yang baru tapi muka-muka pelajar universiti yang BARU ditemui oleh pelajar itulah yang menarik minat mereka. Berapa keratkah pesyarah hebat ini menjalankan kajian tentang pelajar yang tidak dapat membaca walaupun telah ke sekolah menengah. Maklumlah selalunya dana untuk menjalankan penyelidikan ini biasanya bila diberikan kepada seseorang pensyarah haruslah menunjukkan keputusan yang selalunya menyokong atau menaikkan nama institusi yang mengeluarkan dana tersebut. Kalaulah hebat teori pensyarah-pensyarah ini saya ingat tidak perlu lagi kelas pendidikan khas diujudkan di sekolah sekolah menengah sekarang. Kita digembar gemburkan kenapa program PERMATA negara berjaya melahirkan pelajar pra sekolah yang berjaya. Pernah kah kita terfikir siapakah pelajar-pelajar tersebut. Adakah ianya dikalangan anak-anak felda atau yang berada di sekolah kampung seperti Kg Betong, Johol Negeri Sembilan. Nama kampung yang hampir sama dengan satu kawasan di Selatan Thailand itu. Elitkah mereka jika dipilih dikalangan anak-anak orang berada, elitkah mereka jika yang dipilih itu mempunyai latarbelakang orang senang, elitkah mereka jika semua program dijalankan di universiti dan elitkah mereka mak bapak pelajar ini semuanya mempunyai latarbelakang pendidikan yang hebat. Pernahkah mereka mengambil kira bagaiman keadaan pelajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua Besar yang hanya mempunyai pelajar seramai 12 orang sahaja. Bagaimana pula dengan pelajar di Ulu Kelantan yang menaiki keretapi untuk ke sekolah mereka, pelajar Sarawak yang menaiki sampan untuk ke sekolah. Pernah anak-anak PERMATA negara ini merasai segala kesulitan ini. Pensyarah-pensyarah hebat ini bila datang ke kampung ini siap dengan khemah berhawa dingin lagi. Kepada mereka yang suka sangat menyalahkan orang lain bila sesuatu perkara itu terkena pada mereka hentikanlah perbuatan anda ini. Janganlah kita jadi orang yang hebat dalam menyampaikan teori tapi bangang dalam menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat bahawa pendidikan negara ini terkebelakang sebenarnya. Bila kerajaan luluskan 70 juta untuk pembangunan pendidikan gah orang memeprkatakan bahawa kerajaan periahtin dalam masalah ini tapi rupanya dengan duit inilah nak buat stadium, nak buat gelangang sukan bukan nak membantu sekolah menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Hati menangis bila membaca artikel ini tapi siapa peduli. Guru hanya menjalankan tugas serta yang menurut perintah sahaja. Bila polis naik gaji semua kata patut sebab tugas mereka berisiko. Itu pasallah banyak diujudkan kementeria kerana setiap kementerian itu ada fungsi dan gunanya. Dalam situasi negara dilanda krisis kewangan kita berjaya menaja 2 pasukan lumba kereta formula one. Kita tengok lah apakah perkara bodoh atau keputusan yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini nanti. Kita lihatlah hero bodoh yang akan keluar dengan kenyataan hebat mereka demi menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara.
Sabtu, 6 Februari 2010
Manusia Berubah Kerana Sedikit Kuasa
Wah sudah lama rasanya tak menulis dalam blog saya ini. Namun hati ini memberontak dan ingin menyatakan rasa tidak puashati bila banyak berlaku kecelaruan dalam menjalankan kerja seharian. Pada 4/2/2010 sekolah kami mengadakan larian merentas desa peringkat sekolah disekitar perkampungan Juasseh. Telah berbulan program ini dirancang, mula nak buat hari sabtu supaya senang ambil cuti ganti yang secara kebetulannya jatuh pada hari larian tersebut, namun mendapat tentangan dari pihak pentadbir atas alasan kena tengok jadual cuti dari JPNS. Kerana telah tengoklah maka kami hendak buat pada hari tersebut. Atas nama keegoan seorang pentadbir maka batallah larian tersebut. Kerana hendak berjimat kami mencadangkan kepada pentadbir semasa larian pelajar hanya diberikan tanda menggunakan riben sahaja yang pada hemat kami hanya beberapa ringgit sahaja. Dalam mesyuarat semua telah bersetuju, namun atas ada kuasa tadi ditukar kepada kertas yang dimasukkan kedalam plastik. Dengan kuasa inilah juga pihak pentadbir memohon kepada pihak PIBG membekalkan setiap rumah sukan dengan wang sebanyak RM100.00. Kalau denganlah RM400.00 ini berbagai program akademik dapat dijalankan bagi meningkatkan taraf mutu pembelajaran sekolah lebih-lebih lagi dalam masa arahan belanja berhemat ini, dalam pada masa yang sama ada pegawai kerajaan yang bercuti ke Bandung kerana mereka ada kuasa.Selepas larian ini atas nama kuasa kami diarahkan supaya menjalankan p&p walaupun dalam keadaan yang kurang selesa. Keletihan dan komitmen tinggi guru sekolah ini akhirnya mendapat pujian dari pada pihak PPDK Pilah pada hari berlangsungnya kejohanan tersebut. Setelah berbulan dirancang, berberapa kali diadakan rehesel dan diadakan pula latihan ke jalan yang sebenar namun atas nama kuasa tadi PPDKP yang secara "KEBETULAN" datang kesekolah dengan ayat pujiannya iaitu "jadi hari ini tidak diadakan p&p la'..cikgu sekolah ini tak mengajarlah ya.. Allahmdullilah..terima kasih lah tuan-tuan PPDKP yang baru datang tiga empat minit yang baru turun dari kereta yang sejuk 'berekon' bertali leher gah dengan kuasanya. Inilah beberapa coretan yang dapat saya tuliskan agar fikiran ini tidak beserabut. Manusia boleh berubah kerana sedikit kuasa, manusia berubah kerana sedikit harta, manusia berubah kerana sedikit keegoannya namun ALLAH mengetahui segalanya. Namun kita ego dan sombong dengan tuhan setelah tuhan berikan iman dan takwa secara percuma kepada kita.
Langgan:
Catatan (Atom)