Sabtu, 6 Februari 2010

Manusia Berubah Kerana Sedikit Kuasa




Wah sudah lama rasanya tak menulis dalam blog saya ini. Namun hati ini memberontak dan ingin menyatakan rasa tidak puashati bila banyak berlaku kecelaruan dalam menjalankan kerja seharian. Pada 4/2/2010 sekolah kami mengadakan larian merentas desa peringkat sekolah disekitar perkampungan Juasseh. Telah berbulan program ini dirancang, mula nak buat hari sabtu supaya senang ambil cuti ganti yang secara kebetulannya jatuh pada hari larian tersebut, namun mendapat tentangan dari pihak pentadbir atas alasan kena tengok jadual cuti dari JPNS. Kerana telah tengoklah maka kami hendak buat pada hari tersebut. Atas nama keegoan seorang pentadbir maka batallah larian tersebut. Kerana hendak berjimat kami mencadangkan kepada pentadbir semasa larian pelajar hanya diberikan tanda menggunakan riben sahaja yang pada hemat kami hanya beberapa ringgit sahaja. Dalam mesyuarat semua telah bersetuju, namun atas ada kuasa tadi ditukar kepada kertas yang dimasukkan kedalam plastik. Dengan kuasa inilah juga pihak pentadbir memohon kepada pihak PIBG membekalkan setiap rumah sukan dengan wang sebanyak RM100.00. Kalau denganlah RM400.00 ini berbagai program akademik dapat dijalankan bagi meningkatkan taraf mutu pembelajaran sekolah lebih-lebih lagi dalam masa arahan belanja berhemat ini, dalam pada masa yang sama ada pegawai kerajaan yang bercuti ke Bandung kerana mereka ada kuasa.Selepas larian ini atas nama kuasa kami diarahkan supaya menjalankan p&p walaupun dalam keadaan yang kurang selesa. Keletihan dan komitmen tinggi guru sekolah ini akhirnya mendapat pujian dari pada pihak PPDK Pilah pada hari berlangsungnya kejohanan tersebut. Setelah berbulan dirancang, berberapa kali diadakan rehesel dan diadakan pula latihan ke jalan yang sebenar namun atas nama kuasa tadi PPDKP yang secara "KEBETULAN" datang kesekolah dengan ayat pujiannya iaitu "jadi hari ini tidak diadakan p&p la'..cikgu sekolah ini tak mengajarlah ya.. Allahmdullilah..terima kasih lah tuan-tuan PPDKP yang baru datang tiga empat minit yang baru turun dari kereta yang sejuk 'berekon' bertali leher gah dengan kuasanya. Inilah beberapa coretan yang dapat saya tuliskan agar fikiran ini tidak beserabut. Manusia boleh berubah kerana sedikit kuasa, manusia berubah kerana sedikit harta, manusia berubah kerana sedikit keegoannya namun ALLAH mengetahui segalanya. Namun kita ego dan sombong dengan tuhan setelah tuhan berikan iman dan takwa secara percuma kepada kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan