Ahad, 29 November 2009

Lembu Korban Atuk


Pejam celik hari ini genap 3 tahun Arwah Abah meninggalkan kami sekeluarga. Dalam usia 84 tahun abah mengadap tuhan dengan tenang sekali. Tergiang lagi kata-kata akhir abah sebelum abah meninggal iaitu " Abah tak ada apa-apa , abah nak rehat kejap lepas tu kita pergi hospital..." Sejak itu tiada lagi majlis korban diadakan di rumah kami di Kg, Betong Johol N.Sembilan. Tak terdengar lagi suara anak-anak berlari sambil menjerit,"tu lembu korban atuk dah sampai!!! " bila lori Jabatan Haiwan masuk pintu pagar rumah. Tak tau mana silapnya kami sekeluarga tak pernah lagi menganjurkan majlis korban walaupun untuk kami adik beradik. Hari ini hari raya korban ketiga saya terlibat secara langsung dengan satu program korban di masjid Arraudhah Taman Rasa Sayang Senawang iaitu dirumah bapa mertua saya iaitu Hj Yusof Samah dan Hjh Siti Hawa Othman. Anak lelaki saya Muhammad Najmi bertanya kepada saya, "mana satu lembu korban atuk..yah?" Bila sembelihan yang pertama bermula wajah Arwah Abah kembali menjelma dibenak saya. Air mata menitis bila wajah abah tersenyum seolah-olah berkata sekarang mertua kaulah yang menjadi pengganti abah......alfatihah untuk arwah abah semoga abah tergolong dalam orang yang dikasihi. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan