Ahad, 13 Disember 2009

Selamat Pengantin Baru Angah


Angah kiri bersama Busu

Hari ini genaplah umur angah 28 tahun. Pejam celik angah dah besar panjang sekarang. Apak masih ingat angah pergi ke sekolah dihantar oleh arwah atuk setiap hari dengan duduk didepan bakul motorsikal atuk. Angah dan Along 'terpaksa' dijaga oleh atuk dan uwan kerana emak angah 'sakit'. Angah tak pernah berpisah dengan atuk dan uwan. Bagi angah, atuk dan uwan adalah emak dan abah angah. Ateh juga tempat angah mengadu masalah. Itu dulu, sekarang angah dah besar panjang, angah dah pandai cari duit sendiri. Kenangan semasa angah kecil bermain dimata Apak bila melihat angah berjabat tangan dengan juru nikah. Walaupun angah bukan anak apak, cuma anak buah sahaja namun perasaan gembira bertandang di hati apak.


Hanya ungkapan Selamat Pengantin Baru yang dapat apak titipkan untuk anak buah apak. Tiada harta dan wang ringgit dapat apak berikan hanya doa dan kasih sayang apak sekeluarga dapat berikan. Ingat angah hidup berumahtangga ni bukan barang mainan. Ingat kata takliq yang angah lafazkan masa akad nikah tu...akhir kata dari apak selamat pengantin baru angah.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan