Ahad, 10 Januari 2010

1Malaysia...Rakyat didahulukan ?


Apabila Menteri mengumumkan bahawa harga minyak akan dinaikkan maka kita beranggapan bahawa kerajaan mengurangkan pemberian subsidi minyak kepada rakyat. Selepas itu diumumkan pula harga minyak akan ditentukan oleh kapasiti cc enjin kenderaan tersebut. Ini kerana golongan yang memakai kereta bawah 2000 cc adalah orang susah. Ini siapalah yang memberikan idea BANGANG hendak mengujudkan KASTA dikalangan rakyat 1Malaysia. Tidak sedarkah orang yang mencadangkan harga ini bahawa apabila kerajaan meyelaraskan skim gaji dahulu, golongan gred34 kebawah ini telah diberikan banyak kelebihan sehingga gaji mereka diberikan kenaikkan 25%. Lagi sekali nak diingatkan bahawa walaupun kereta itu berkapasiti 2000cc tetapi golongan ini kebanyakkannya adalah mereka yang telah dikenakan cukai pendapatan. Kerajaan jangan mengambil sikap TERLEPAS PANDANG akan perkara ini. Kerana terlepas pandanglah maka skim gaji dikalangan pegawai kerajaan terutamanya guru menjadi carca marba. Kepada golongan bijak pandai ini janganlah hendak menjadi hero bodoh sombong. Kuasa rakyat mengatasi segalanya tak dapat hari ini, hari lain akan menjelma. Kalau nak beri keadilan berilah kepada semua. Dalam ekonomi yang dikatakan gawat ini penoreh getah hari ini sedang menikmati harga yang sangat baik iaitu sekilo RM4.80. Janganlah dibuat perbandingan kepada kereta terimalah kenyataan jika tak tahu mentadbir berilah kepada orang yang tahu. Kalau tak tahu berniaga berilah kepada orang yang tahu. Kalau tak tahu tentang ekonomi berilah kepada mereka yang tahu. Jangan ambil jalan mudah. Akhir kalam dari saya janganlah buat sesuatu perkara kalau tak tahu apa akibatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan