Selasa, 19 Januari 2010

Malang ...oh malang

Minggu ini lagi sekali kita digemparkan oleh kemalangan yang berlaku kepada pasukan perahu naga sebuah sekolah di utara tanahair. Mak ai.. selamba ya pihak tertentu menunding jari kearah pihak sekolah kerana tidak ikut prosedur dan arahan. Kalau dah pandai sangat jangan suruh cikgu-cikgu ni keluar bawa pelajar ikuti kegiatan ko-kurikulum. Untuk pengetahuan pihak yang hebat ni ...tau tak bila kami bawa pelajar keluar kami mengadaikan nyawa dan kerjaya kami sendiri. Wah bila berlaku tragedi macam-macam surat yang ditanya. Bila suruh kami bawa pelajar ada tak tanya cikgu ni ada tak jaminan insuran? Bila kita mohon bawa pelajar naik kereta sewa/teksi atau bas pihak hero ni lah yang cakap budget tahun ini tak cukup. Cikgu kena bawa kereta sendiri tapi claim satu tempat duduk teksi sahaja. Cuba buat macam syarikat bas tempohari..bila berlaku kemalangan terus kerajaan tahan lesen syarikat tersebut. Ha..sekarang gantung lah lesen sekolah ini supaya boleh dijalankan siasatan. Tak usahlah jadi hero beruk dan hero bodoh ni. Bila sesuatu perkara itu menggangu kepala sesuatu jabatan tu terus keluar kenyataan ini semua salah pihak sekolah. Beribu sekolah di Malaysia ini kenapa berlaku kepada sekolah tersebut...bagaimana sekolah lain..jadi kami semua ini tak ikut prosedur la. Bila pihak sekolah mengadakan aktiviti ko-kurikulum berapa ramai 'PEGAWAI' yang hebat-hebat ini yang jenguk kami baik di hutan, semak atau sungai . Ooooo tak boleh kacau kerja 'penyelia' buat kerja masing-masing...ini lah ayat yang amat biasa diucapkan. Sepatutnya ada skim insuran yang wajib keatas guru-guru ini. Bukan cikgu ini sendiri beli insuran untuk diri sendiri. Tak boleh nanti kos dan budget negara banyak. Kepada pegawai-pegawai hebat di KPM ni jenguklah nasib guru-guru di sekolah ni. Janganlah terlalu selesa di bilik 'beraircond' anda. Jangan lah fikirkan perut sendiri sahaja. Bila cikgu-cikgu ini minta pindah bagi menjimatkan belanja agar dapat bawa pelajar keluar dengan guna duit guru itu sendiri, maka ayat biasa dikeluarkan..tiada kekosongan...tiada keperluan opsyen. Tapi bila isteri masing=masing nak pindah satu tahun 3 kali pindah dalam daerah yang sama. Jadi kepada hero-hero bangang ni...janganlah terlalu cepat menunding jari kepada kami di sekolah ni. Kepada pihak kesatuan guru sekaranglah anda tunjukkan kerja anda. Hampir seminggu perkara ini berlaku tiada satu wakil kesatuan guru pun yang tampil membela guru..sebab bukan dasar kesatuan untuk membela perkara seperti ini. Kalau bab gaji ke..pangkat ke..bab perut sendiri ke... kesatuan akan berjuang bermati=matian. Jadi pergi mampuslah cikgu ni..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan