Khamis, 14 Januari 2010

Baikpulih Galeri Sejarah






Beberapa hari lalu pihak sekolah telah dihubungi oleh pihak Muzium Negeri bagi tujuan lawatan kerja ke sekolah kami. Pihak muzium ingin melihat Galeri Sejarah sekolah ini yang telah dilawati YB Dato Hj Mohd Razi bin Kail EXCO Pelancongan Kerajaan N.Sembilan. Namun amat mendukacitakan kerana buat masa sekarang galeri sejarah sekolah sedangdalam proses dinaiktaraf. Pihak sekolah ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada YB Dato Seri Utama Dr. Rais bin Yatim Malaysian Minister of Information, Communications and Culture kerana keperihatinan beliau maka pihak sekolah dapat membaikpulih galeri sejarah ini. Terima Kasih Dato Seri budi dan ingatan Dato Seri Utama akan menjadi ingatan kami semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan