Khamis, 21 Januari 2010

Lebai...oh Lebai

Alhamdullilah, dengan izin dan hidayahNya maka aku dapat menunaikan sembahyang Jumaat dengan keadaan kaki masih lagi terasa sakitnya. Dalam tak sedar dah seminggu aku tak hadir ke masjid Jamek K.Pilah. Dalam sujud, kaki ku masih lagi tak dapat dibengkokkan sepenuhnya. Kalau bengkok denyutnya amat terasa sekali. Ah..sakit yang aku tempah sendiri. Dua minggu lepas aku cuba bermain futsal bersama sahabat-sahabat sekolah SMK Juasseh di Komplek Belia jalan Melang. Masa bermain kaki ku meletup dan terasa amat sakit sekali. Keesokkan harinya aku ke klinik dah disahkan doktor otot ku bengkak..ambil ubat. Selepas seminggu agak kurang sakitnya. Aku gagah juga untuk bermain futsal lagi. Tak sampai 5 minit lagi sekali aku terasa meletup. Akhirnya doktor sahkan otot aku terkoyak bila aku pergi ke klinik esok harinya.
Hari ini khatib membaca khutbah yang bertajuk ' Jimatkan Gula dan Kencing Manis'. Benakku tersimpang sebentar. Tulisan Dr. Ahmad Suhaimi Md Nor mantan Dekan FSM UPSI yang sekarang bercuti sebatikal di Bali bertabir diminda. Katanya 'Tok-Tok Guru' di masjid-masjid Bali masih muda dan tajuk ceramahnya yang simple dan mudah difahami. Wah imam hari ini siap berikan berapa cukai yang terpaksa kerajaan tanggung dan bertapa kenaikkan melonjak harga gula dipasaran dunia mempengaruhi harga gula di negara kita. Imam juga menerangkan indek dan peratus penghidap pesakit kencing manis dinegara ini dan faktor penyebabnya.
Dalam asyik mendengar katib baca khutbah tumpuan ku terganggu oleh ZIKIR lebai di hadapanku. Khusyuk dan tawaduk zikirnya. Eh..kan ke Jumaat ni mendengar khatib membaca khutbah itulah maksud Jumaatnya. Berserban setebal hampir 3 inci, ekor serban terjuntai hampir 3 kaki meliyuk disapa angin kipas.Habis pahala ku hari ini. Fuh..jubah al'haramain yang hanya boleh dibeli di Arab Saudi. Goyangan kepala kerana zikir semakin laju..angguk dan geleng silih berganti. Oooo... siap ada tasbih kayu koka, patutlah... laju jemari menari membilang tasbih.. Lagi sekali benakku tersimpang. Kenangan di Masjidilharam Mekah Al'Mukarramah semasa ku menunaikan haji bersama isteri tersayang Hjh Norazmah Mohd Yusof mengimbau kembali. Malam itu aku, isteriku, Along Faridon dan Along Ina (sepupu orang rumahku) naik ke bumbung Masjidilharam untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Aku dan Along Faridon terus bergerak ke kawasan lebih kedepan dari saf orang perempuan. Muazzin melaungkan azan..ah macam bunyi dalam handset pulak. Dalam kusyuk mendengar muazzin melaungkan azan..mataku tertumpu ke satu arah dibelakangku...satu saf dengan isteriku dan selang beberapa jemaah wanita aku lihat sesusuk tubuh gagah perkasa menunaikan solat sunat...la..lelaki rupanya. Lelaki dari Malaysia, segak bergaya, sehat sempurna, masih muda belia tapi sembahyang sebaris dan sebelah dengan wanita (isteri dia agaknya). Lantak la ilmu masing-masing. Selesai solat Maghrib aku dan Along Faridon membaca Al'Quran di saf yang sama...ah mata ni di rayu syaitan agaknya. Mata menjeling kearah tadi..la abang tadi siap tidur berpangkukan peha isteri..
Dah seminggu aku tak ke masjid..tapi bila di masjid ..tak khusyuk iktikaf dan solatku..baru aku sedar syaitan itu ada dimana-mana dan rayuannya makin kuat bila kita makin dekat dengan tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan