Isnin, 25 Januari 2010

Durian oh durian


Hari ini tangan masih lagi berbau tempoyak , sendawa juga berbau tempoyak. Bila pucuk ubi ditonyoh ke tempoyak, bau semerbak durian mencengkam lubang hidung. Inilah penangan lauk tradisional kita. Kuh..kuh..kuh tersedak dan terasa pedas yang amat sangat sampai air hidung pun keluar. Berair mataku menahan pedas. Ini gara-gara kerana ligat ingatan ku pada satu kenangan zaman baru habis sekolah dulu. Seorang sahabat telah berjaya terpilih mengikuti latihan ketenteraan di Port Dickson. Jarak tempat lahir dan aku dibesarkan dengan Port Dickson hanyalah sekitar 15 ke 20 km sahaja. Felda Sendayan adalah tempat lahir ku. Selepas tiga bulan mengikuti latihan sahabat kami ni pun balik la ke kampung. Kami selalunya akan lepak di depan pondok polis depan kedai Cik Said. "Kau bilo balik dari PD?" soal kami pada beliau. "sat tadi jer..". Humang ai bobulu amek bila dengar dia cakap Kedah..tu baru tiga bulan tu..Kami bertanya lagi jika ada apa-apa buah tangan. Apa jawapannya,." Tak Dak aih..tak dan.. nak singgah, bas dah mai.. uiiii ai , ni kalau lama lagi ni mungkin boleh cakap perancis ni. Teringat seorang sahabat yang baru balik dari Amerika dan duduk di sinun selama 10 tahun, bila balik..toruih cakap..apo lak bodan kau macam tonyok..ni?

Sedakku masih berpanjangan. Kita orang melayu ni janganlah cepat lupa diri. Ada yang dah jijik makan tempoyak lalu digantikan dengan mentega, dah jijik makan belacan lalu diganti dengan sekaya. Lepas tu rambut diwarnakan dengan bermacam warna. Aku ambil pula gulai masak kuning kulit rambai. Puh..berasap . Saya cakap dengan isteri ada melayu dah macam mat salleh. "Abang ingat tak masa kita makan di foodcourt Jusco, Seremban 2 dulu. Ala budak yang pakai jaket musim sejuk siap pakai skaf, topi terbalik, rambut blonde, berseluar pendek, gelang dan cincin jangan cakap la..selagi ada ruang ...penuh semua jari. "Kan bila orang tua India tu tanya pada budak tu kalau kerusi lebih pada meja tu kosong. " Are you alone?..yes! (cakap orang putih).penuh yakin dan selamba jawapannya. Bila orang tua tu nak ambil kerusi tersebut...eh..eh..dah ado orang punyo! katanya. Oooooooooooo melayu rupanya. Fesyen macam mat salleh, cakap..hampeh.

Duduk dan silaku makin rapat..sakit kaki masa main futsal dah lama aku lupakan. Terima kasih la kepada Cikgu Mohd Faizal sebab ajak dan pelawa kami makan dan ambil durian di dusun beliau. Ambil pula ulaman dikeliling dusun, petik pucuk paku dan pucuk ubi. Cili api hijau berkilat, tumbuh melata di pinggir sungai. Lepas makan tanggal baju..kebum.. mandi pula sungai...gerrrrr sejuk sampai ke sum-sum. Terima kasih Zal, bila dusun ini berbuah lagi pelawa lah lagi kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan